Friday, January 27, 2017

Video Imam Masjidil Haram Berhenti Tunggu Kanak-Kanak Istimewa ini Selesai Solat Untuk Peluk Jadi Viral



Satu video yang merakamkan detik Imam Masjidil Haram, Sheikh Maahir al-Muaqily berhenti bagi menunggu seorang kanak-kanak selesai menunaikan solat menjadi viral.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter, @AbooMuslim semalam dan mula menjadi perhatian orang muslim di seluruh dunia.

"Imam Masjid al-Haram tunggu kanak-kanak ini selesai menunaikan solat supaya dia dapat memeluknya. Pada mulanya saya tidak sedar, tetapi selepas itu..." tulis AbooMuslim.

Video berdurasi 60 saat itu mula menyentuh hati penonton di saat ke-13 apabila paparan penuh kanak-kanak terbabit yang menunjukkan dia seorang insan istimewa yang tidak mempunyai bahagian badan yang lengkap.

Insan istimewa itu hanya mempunyai bahagian kepala, tangan dan juga perut.


Mungkin kerana takjub melihat kanak-kanak itu berjaya menghadirkan diri ke tanah suci biarpun diri serba kekurangan, Sheikh Maahir al-Muaqily berhenti dan menunggu bagi memberikan pelukan kepada insan menakjubkan itu.




Selain video terbabit, turut dimuat naik satu video yang memaparkan bagaimana polis membantu mengosongkan laluan untuk kanak-kanak yang bergerak menggunakan tangan itu.





Kredit :Siakap Keli 

Related Posts

Video Imam Masjidil Haram Berhenti Tunggu Kanak-Kanak Istimewa ini Selesai Solat Untuk Peluk Jadi Viral
4/ 5
Oleh