Sunday, January 29, 2017

Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Soket Dari 'Overheating' Atau Mudah Terbakar


Penggunaan alatan atau perkakas eleltrik di rumah sudah menjadi perkara biasa dalam melakukan rutin harian, dari televisyen, lampu, mesin basuh, peti sejuk, mahu pun pengering rambut, kita pasti memerlukan plug yang banyak di rumah supaya setiap perkakas atau alatan tersebut boleh digunakan.

Bila mana tidak mempunyai cukup plug, tatkala ramai ahli keluarga yang pulang ke rumah, dan perlu mengecas telefon, atau menggunakan komputer riba, kita akan menggunakan soket ‘extension’ untuk memastikan semua orang dapat menggunakan barang mereka.

Namun, tahukah anda, setiap soket ‘extension’ mempunyai limit kuasa yang tersendiri, dan jika tersalah guna, akan berlaku litar pintas, dan menyebabkan kebakaran. Untuk mengelakkan perkara sebegitu berlaku, saudara Abe Jaq kongsikan langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan oleh kita semua.

Mari kita ikuti perkongsiannya.


Kisah teladan dryer baju saya

Al kisah begini ceritanya...
Saya sedang basuh tangan dekat sinki dapur, tiba-tiba bau hangit semacam je..dengan menggunakan deria bau saya ini, saya cuba mengesan apakah misteri di sebalik bau ini? Macam scanner gitu..haha

Akhirnya jumpa, soket dan plug dryer baju di rumah yang sudah terbakar. Plug tu dah melekat dekat soket dan amat susah untuk di keluarkan..Oh ye sebelum terlupa, sebenarnya ianya adalah soket extension, bukan soket yang di dinding tu. Sebab soket di dinding sudah rosak kedua-duanya sebelum kejadian ini. Sebab tu saya gunakan extension. hehe

Foto: Abe Jaq

Cerita sebelum ini, saya berasa agak pelik kenapa tiba-tiba kedua-dua soket di dinding yang saya gunakan untuk mesin basuh dan dryer rosak secara berturut-turut. Tapi saya buat tak tahu je sebab baju berlambak-lambak nak kena basuh dan keringkan. Jadi masa tu teringat ada extension, saya pun guna jela extension tu sampailah kejadian ini berlaku, Nasib baik tiada api yang keluar...alhamdulillah

Bila buat siasatan sebagai seorang yang amatur dalam elektrikal, saya simpulkan tindakan-tidakan yang patut di ambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Ianya mungkin tidak tepat 100% secara teknikal, tetapi setidak-tidaknya anda telah melakukan pencegahan lebih awal :

1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan dryer baju.


Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi

2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan dryer dan mesin basuh secara serentak.

Jika anda menggunakan dryer dan mesin basuh secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.

3. Saya sarankan gunakan single socket untuk dryer sahaja.

Jika anda masih menggunakan double socket jugak, pastikan anda hanya gunakan satu sahaja pada satu masa. Elakkan penggunaan mesin basuh dan dryer secara serentak.

4. Sistem pendaiwaian di rumah

- Saya sarankan untuk lebih selamat, semasa mula-mula anda membuat pedawaian dirumah,pastikan soket untuk kegunaan dryer menggunakan saiz wayar yang lebih besar/tebal. 

Sepertimana pendawaian air cond di rumah. Ianya lebih selamat walaupun secara teknikal ianya agak membazir.

Sekarang saya sudah tukar soket baru dan hanya menggunakan satu sahaja pada satu-satu masa. Bergilir-gilir antara mesin basuh dan dryer baju. Soket sebelah lagi saya tak tukar pun, biar jela kat situ..Nak buat pendawaian baru untuk dryer sahaja, ongkosnya tiada..hahaha

Sekian, semoga ambil iktibar.

Double Socket : saya guna sebelah untuk mesin basuh dan sebelah untuk dryer

Walaupun ianya diberi contoh kepada penggunaan mesin basuh dan juga dryer, namun alatan elektrik yang lain juga turut sama memberi kesan kalau digunakan dengan salah. Jika menggunakan soket extension, pastikan anda tidak terlalu membebankannya dengan penggunaan yang banyak pada satu-satu masa.

kredit : siakapkeli

Ramai Tidak Tahu, 4 Cara Tidur Yang Sering Diamalkan Ini Punca Berat Badan Naik


Ramai antara kita yang merasa pelik, mereka jaga makan, tetapi berat badan mereka naik, tahukah anda bahawa selain menjaga makan, tidur juga mempengaruhi kenaikian berat badan jika tidak dijaga.

Biasanya waktu tidur normal seseorang adalah antara 8 jam sehari, namun ramai antara kita tidur lewat atau kurang daripada 5 jam sehari.

Tapi betulkah tidur punca dan penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.

Jadi apakah tabiat-tabiat yang tidak elok untuk diamalkan sehingga membuatkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kegemukan? Berikut penyebabnya;

1. Tidur tidak teratur atau lewat



Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. 

Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk. 

2. Kualiti tidur rendah



Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.

3. Makan sebelum tidur



Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. 

Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam. 

4. Bangun lewat



Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu  dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.

Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru. - Diari Kurus - DailyMail

Kaedah Kesan Kamera CCTV Tersembunyi Di Dalam Bilik Hotel


Musim cuti sekolah nanti ramai yang rancang nak kahwin. Bagi yang dah berkeluarga, cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk bawak anak-anak pergi bercuti. Dan biasanya, tempat penginapan yang selalu menjadi pilihan untuk bermalam ialah hotel, resort, homestay atau rumah tumpangan. Sekarang ni muncul taktik kotor dan jahat oleh sindiket yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang sedang bercuti atau berhoneymoon dengan meletakkan kamera CCTV tersembunyi untuk merakam gambar mangsa.

Sebenarnya, kamera CCTV ni berfungsi untuk memantau sebarang perkara yang tidak bagus dan mencegah jenayah tapi telah disalahgunakan oleh pihak tak bertanggungjawab dengan membuat kerja yang tak sepatutnya.

Di Mana Kamera CCTV Ini Diletakkan?


Jika anda menginap, sama ada hotel, resort dan sebagainya, kamera CCTV tersembunyi atau spy cam ni biasanya diletakkan di dalam tandas, bilik persalinan perempuan,di bilik tidur, di ruang tamu atau dimana-mana tempat yang dikehendaki oleh sindiket tersebut. Rakam gambar mangsa dan peras ugut untuk sebarkan gambar atau video tersebut jika permintaan tidak ditunaikan. Jahat giler perangai! Dapat tangkap orang macam ni, pukul dulu baru serah pada polis.

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi melalui kamera telefon


Kepada yang nak berhoneymoon, berhati-hati la ye..kemungkinan gerak geri anda sedang diperhatikan dan dirakam. So, bagaimana nak pastikan ada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan camera handphone untuk memastikan tiada kamera CCTV tersembunyi dalam bilik tempat anda menginap. Langkah-langkah untuk mengesan kamera CCTV tersembunyi seperti di bawah :
  1. Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.
  2. Pastikan bilik dalam keadaan segelap yang boleh.
  3. ON kan camera phone anda tetapi jangan ON flash camera.
  4. Pusing sekitar bilik anda dengan phone di tangan.
  5. Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dalam skrin kamera anda,itu bermakna ada kamera tersembunyi dipasang dalam bilik tersebut.
  6. Pastikan ianya betul-betul kamera dan buat laporan polis.


Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi melalui bluetooth


Kalau kamera CCTV tu yang jenis manual, dah tentu kita boleh nampak wayar-wayar berselerak tu. Tapi, kalau kamera yang jenis tanpa wayar (wireless), susah nak kesan dengan mata kasar. So, anda boleh cuba langkah-langkah yang dicadangkan di bawah

  1. Sebelum masuk tandas atau bilik persalinan, sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth.
  2. Turn ON bluetooth dan ‘search device’ yang ada. Jika anda tidak faham bagaimana nak cari ‘device’, anda cuba ‘send’ gambar atau ‘lagu’ kepada kawan anda. Kemudian kemudian tekan via bluetooth dan anda boleh nampak ‘device’ yang ada di dalam bilik itu.
  3. Jika anda jumpa ‘device’ yang namanya “WDX 2201, CAM 122″ atau apa-apa nama yang anda rasa sangat pelik bunyinya, sebaik-baiknya batalkan hajat anda untuk salin pakaian kerana berkemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

Cara nak kesan kamera CCTV tersembunyi dengan mata kasar


Sebenarnya, kamera tersembunyi atau spy cam ni boleh juga dikesan melalui mata kasar jika kita peka dengan keadaan bilik. Cara-caranya dengan :

  1. Periksa sekeliling bilik dan perhatikan mana-mana barang yang ada di dalam bilik yang kelihatan curiga seperti susunan bunga dalam pasu, gambar yang tergantung di dinding dan sebagainya. Periksa sekali smoke detector atau speaker, manalah tahu ada kamera tersembunyi dipasang di dalamnya.
  2. Periksa juga wayar yang mencurigakan.
  3. Dengar dengan teliti dan pastikan keadaan bilik tu sunyi. Biasanya kamera tersembunyi ni akan mengeluarkan bunyi click atau buzz bila beroperasi.
  4. Tutup lampu dan perhatikan jika ada lampu kecil yang berwarna merah atau hijau.
  5. Guna handphone dan cuba telefon seseorang. Jika ada bunyi yang menganggu panggilan tesebut, maknanya panggilan tersebut diganggu oleh electromagnetic field dari alatan lain seperti kamera.


7 Kesan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong Yang Ramai Tidak Tahu


Umum sedia maklum tentang kebaikan meminum air putih kepada tubuh badan. Namun ramai yang tak tahu kesannya apabila minum air putih ketika perut kosong.

Berikut merupakan 7 kesan minum air putih ketika perut kosong.

1. Buang racun dalam badan


Ketika kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua racun dalam tubuh. Kalau minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar. Minum banyak air putih boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.


2. Meningkatkan metabolisme


Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jadikan tubuh kekal langsing


Ketahuilah semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan jadi lebih baik. Paling best, tak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikontrol. Sehingga tubuh boleh tetap langsing sebab terhindar dari godaan makan berlebih.

4. Elak gangguan pencernaan


Gangguan pencernaan disebabkan oleh meningkatnya kadar asam di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asam berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun boleh diatasi.


5. Mencantikkan kulit


Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh memperlancar aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.


6. Cegah batu ginjal


Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu cegah batu ginjal. Semakin banyak minum air putih, makin payah penyakit dan racun nak datang dekat!


7. Baiki sistem imun tubuh


Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh makin kuat dan mengelakkan tubuh dari dijangkiti pelbagai penyakit.

Untuk mendapatkan manfaat dan kesan yang maksima daripada air putih, anda boleh ikuti step mudah ini.

1. Minum 4 gelas air putih setiap pagi yang berisi 160ml ketika perut kosong.
2. Jangan ambil sebarang makanan selama 45minit.
3. Minum air putih sekurang-kurangnya 30minit sebelum makan, tetapi jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.

* Jika masih suka untuk minum 650ml ari putih setiap pagi, boleh mulakan dengan 1 gelas air dahulu.

Gaji Besar Cecah RM5,000 Belum Tentu Hidup Selesa Di KL


BERPENDAPATAN lebih RM5,000 mungkin disifatkan mewah, namun tidak untuk mereka yang berkeluarga.

Hakikat itu terpaksa dihadapi seorang eksekutif sebuah syarikat pembekal barangan am di ibu negara.

Hisyam Malik, 36, yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 11 tahun bersama isterinya, mengakui gajinya sekadar cukup makan, setelah menolak perbelanjaan dan komitmen setiap bulan.

Menurutnya, isterinya sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar.

“Isteri hanya kerja biasa-biasa saja dan gaji tidaklah banyak mana. Kalau dia kerja pun, dapat gaji terpaksa berhabis untuk bayar pengasuh dan kos ke tempat kerja pun agak tinggi. Jadi saya minta dia berhenti untuk tumpu kepada anak-anak.

“Memang ‘sakit’ apabila semua perbelanjaan yang selama ini ditanggung dengan dua pendapatan, terpaksa saya tanggung seorang. Walaupun tidak banyak bahagian pendapatan isteri yang digunakan, ia tetap jadi kos tambahan buat saya.

“Tapi taklah saya anggap ia sebagai beban sebab ia tanggungjawab yang saya perlu lakukan. Tapi percayalah, jika tidak sabar, bukan mudah nak hadapi,” katanya.

Hisyam berkata, anak sulungnya berusia sembilan tahun, manakala yang kedua baru genap setahun.

Katanya, kedua-dua anaknya itu, masing-masing mempunyai kos yang perlu dilaburkan.

“Kakak pergi sekolah pagi dan petang dengan bas sebab kedudukan rumah yang agak jauh dari sekolah. Yang adik, macam biasalah, belanja susu dan lampin pakai buang saja sudah berapa? Semua tu termasuk dalam belanja rumah.

“Bila tolak semua perbelanjaan, adalah baki dalam RM500 untuk simpan. Tu pun kadang-kadang tak dapat simpan sebab dah ‘tarik’ untuk minggu-minggu akhir bulan,” katanya.

Ditanya sama ada dia berhasrat untuk berhijrah ke desa, Hisyam berkata, perkara itu ada difikirkan, namun tidak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya kerja di tempat sekarang sejak tamat diploma dan sudah selesa. Sekarang bukan senang untuk dapat kerja, kalau di luar bandar, mungkin tidak dapat gaji sebanyak itu sebab sekarang semua orang mahu ‘cut’ kos. Tidak ambil yang berpengalaman kerana akan ‘demand’ tinggi.

“Insya-ALLAH, saya yakin dapat tanggung semua. Komitmen bayaran kereta juga habis awal tahun depan. Begitu juga pinjaman peribadi. Jadi sedikit sebanyak adalah juga lebihan wang nanti,” katanya.

Saturday, January 28, 2017

Ramai Tak Tahu Malaysia Mempunyai Sebuah Muzium Coklat Yang Cukup Cantik, Jual 300 Jenis Coklat Dengan Harga Cukup Murah


Sebelum ini pasti kita pernah mendengar akan kehebatan Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman di mana sudah pasti ramai penggemar coklat ingin ke sana.

Namun, rupanya di Malaysia sendiri rupanya terhadapat sebuah muzium coklat yang cukup moden dan menarik untuk dikunjungi oleh penggemar-penggemar coklat yang sudah pasti membuat anda rambang mata.

Bayangkan ketika melangkah masuk ke muzium ini sudah terhidu aroma coklat yang segar pastinya ada yang terliur dan terbayang akan kelazatannya yang membuatkan ia merupakan salah satu lokasi yang wajib kunjung bagi anda yang mengemari coklat.


Ini kerana Muzium Coklat yang terletak di Kota Damasara yang merupakan Muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia, dengan memaparkan pelbagai info-info menarik mengenai coklat, iaitu cara pembuatan coklat di seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.

Apa yang menarik tentang muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, pengunjung yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, anda dapat berbuat demikian di sini, bahkan anda akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.


Tahukah anda bahawa coklat sebenarnya telah wujud sejak zaman Tamadun Olmec lagi yang merupakan kaum purba Mesoamerika yang tinggal di dalam hutan di selatan Telok Mexico sekitar tahun 600 sebelum masihi.

Muzium yang menggunakan konsep ‘3E’ di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.


Itu hanya sedikit info yang boleh di dapati dari beribu-ribu info lain tentang coklat yang kita boleh dapati di Muzium coklat Kota Damansara ini di mana untuk masuk ke dalamnya adalah percuma, dibuka dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

Apa yang perlu dibanggakan ialah cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holding Sdn Bhd, Dato’ Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, muzium coklat Kota Damansara telah menawarkan hampir 130 coklat berjenama serta produk minyak wangi import pada harga yang rendah iaitu diskaun sehingga 50% bagi coklat dan minyak wangi berjenama tempatan dan import pada 20, 21 dan 22 Januari 2017 ini.


Jualan murah ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang di mana sudah tentu ada boleh dapatkan coklat dan minyak wangi premium idaman yang diimport boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.

Kalau bukan pada Musim perayaan pun, mereka tetap menjual coklat dengan harga murah daripada harga pasaran di luar, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa.

Latar belakang Muzium
Chocolate Museum Kota Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia. Muzium coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 16 Januari 2014.

Muzium coklat berkonsepkan 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable Shooping, sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk keluaran negara luar.
Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat daripada negara pengeluar.


Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey’s, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.

Muzium ini sudah cukup sinomim kepada pelawat-pelawat berkumpulan sebenarnya. Saban hari ada sahaja pelawat berkumpulan daripada sekolah, kumpulan komuniti, pelajar pusat pengajian tinggi dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat kunjungan. Sudah tentu lawatan berkumpulan akan diringi oleh Chef Coklat sendiri. Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum:http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm
Alamat Chocolate Museum:
No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor
No Tel: 03-74904260 Faks: 03-61408825

Laman Web: Chocolate Museum WEB
Laman Facebook: Chocolate Museum FB
Laman Instagram: Chocolate Museum Insta





Kredit:siakapkeli

"Orang Korea Asalnya Taklah Cantik Mana Pun," Doktor Ini Kongsi 3 Amalan Orang Korea Untuk Dapatkan Kulit Cantik, Bersih Dan Gebu

Gambar Hiasan

Memang ramai mengakui artis daripada negara Korea begitu cantik, kulit mereka gebu dan putih, ada yang mengatakan mereka cantik kerana ramai antara mereka melalui proses pembedahan.

Tetapi perlu diketahui, proses pembedahan hanya memperbaiki struktur muka, bukan kulit muka, jadi bagaimana mereka boleh dapatkan kulit muka dengan begitu cantik, putih dan gebu?

Untuk mengetahui hal ini, seorang doktor bernama Hana Hadzrami telah berkongsikan rahsia kecantikan orang Korea ini, jom kita baca.

Gambar Hiasan

KULIT K-POP

Cantik ke orang korea selatan?

Orang korea asal tidaklah secantik mana, rupa biasa-biasa saja. Namun mereka rata-rata mempunyai kulit yang cantik. Warga tua mereka walaupun dah berumur, tetap berkulit tegang dan lambat berkedut.

Walaupun pembedahan kosmetik adalah biasa di korea, namun kecantikan kulit takkan dapat diperolehi daripada pembedahan. Pembedahan kosmetik hanya memperbaiki struktur muka, bukan kulit muka.

Tak seperti rakyat negara kita yang suka mengambil jalan pintas mahukan kulit cantik dengan menggunakan penjagaan kulit yang mengandungi merkuri dan hidroquinon atau suntikan vitamin; orang korea rata-rata mengamalkan budaya penjagaan kulit sihat jangka panjang sedari usia muda.

Pertamanya, mereka amat menitik beratkan soal kesihatan. Ini kerana sistem perubatan mereka sangat mahal dan tak ditanggung kerajaan. Mereka tak mampu untuk jatuh sakit. Jadi mereka banyak bersenam dan menjaga pemakanan. Tak seperti orang kita, sudahlah perubatan disubsidi kerajaan sehingga 95%, ubatan percuma pun seringkali kita bazirkan. Lagi berumur, lagi makan sesuka hati, seolah-olah tiada esok bagimu.

Warga tua mereka sering memenuhi pusat rekreasi untuk melakukan aktiviti seperti memanjat gunung, merentas hutan supaya kekal sihat. Warga tua kita pula sinonim dengan berpenyakit 3 dan 4 serangkai, sedangkan warga tua mereka cergas dan sihat.

Keduanya, dari segi pemakanan; lauk pauk harian mereka jarang yang bergoreng atau bertumis seperti kita. Kebanyakan lauk mereka direbus atau distim. Mereka juga makan nasi seperti kita.

Malah nasi dimakan 3 kali sehari termasuk sarapan pagi. Tetapi berbeza dari segi lauk pauk. Lauk kita mengandungi protein sehingga 3 jenis (ayam, daging, ikan) dan hanya satu jenis sayur. Tetapi lauk mereka mereka mengandungi hanya satu jenis protein dan 5 atau 6 jenis sayur bagi setiap hidangan.

Dari segi kesihatan dan makanan saja kita dah kalah teruk.

Ketiganya, penjagaan kulit kita lazimnya bermula lambat apabila usia masuk 20an; iaitu apabila memasuki alam pekerjaan. Penjagaan kulit mereka pula bermula dari zaman persekolahan.

Umumnya, mereka sangat obses dengan penggunaan sunscreen. Tak boleh keluar rumah jika tak sapu sunscreen. Betullah tu, kerana sinaran UV boleh mempercepatkan proses penuaan.

Penjagaan kulit kita umumnya mengandungi 2 atau 3 langkah; iaitu mencuci muka, memakai toner (kadang ya, kadang tidak), seterusnya pelembab muka. Tetapi penjagaan kulit mereka, paling cincai pun ada 7 langkah:

1. Membersihkan muka dari alat solek dengan pencuci berasaskan minyak (cleansing oil)
2. Mencuci muka dengan pencuci muka. Mereka amat memberatkan double cleansing.
3. Menggunakan toner bagi membuang sisa-sisa alat solek dan pencuci muka. Kulit yang bersih adalah kulit yang sihat.
4. Menggunakan esen muka bagi membantu penyerapan pada kulit.
5. Menggunakan serum muka. Serum akan memperbaiki kulit dari dalam.
6. Meletakkan pelembab muka bagi mengekalkan serum didalam kulit.
7. Memakai topeng perawat muka (mask) ataupun topeng tidur (sleeping mask).

Anda boleh nampak sendiri betapa licin dan mulusnya wajah mereka. Dari dekat nampak berkilat dan halus.

Oleh itu orang korea tak perlu menata rias wajah mereka seperti orang barat yang suka menempek berlapis-lapis alat mekap sehingga rupa sebelum dan selepas berbeza 200%. Orang korea menata rias muka dengan tipis dan gemar memaparkan kecantikan asli.

Nakkan kulit cantik dan sihat? Tiada jalan pintas. Jagalah kesihatan dan pemakanan. Seterusnya rajin-rajinlah menjaga kulit.

Tak guna kulit putih licin sehingga nampak urat hijau dengan menggunakan krim bermerkuri dan berhidroquinon jika akhirnya anda terlantar di hospital rosak hati dan buah pinggang akibat kesan sampingan krim muka.

Tak guna juga kulit tegang tetapi badan terbarai akibat tak jaga kesihatan, arteri penuh plak dan lemak tebal 6 inci di badan.

Jika sihat pasti cantik. Jika cantik belum tentu sihat. Ini kalau nak jadi cantik lah. Kalau tak nak cantik, tiada siapa paksa pun.

Hana Hadzrami

Dah namanya perempuan


kredit: siakapkeli