Saturday, July 18, 2015

6 Sebab Perempuan Ada Hobi Memasak Jadi Idaman


1. Wanita yang suka memasak, boleh mendekatkan diri dengan proses sesuatu makanan. Dan betapa senangnya mereka faham banyak kandungan yang tak sihat dijual.

Semakin banyak makanan segera dan makanan-makanan yang dijual di gerai-gerai. Jika anda tahu dan suka memasak, pastinya kamu tahu berapa banyak kandungan perisa tambahan seperti Ajinamoto ditambah. Dan tentulah ia tak baik untuk kesihatan. Kamu yang suka masak akan lebih memilih makanan yang berkhasiat buat diri kamu dan juga keluarga.


2.Harijadi boyfriend? Tak perlu risau, masak makanan merupakan hadiah yang paling berharga buat si dia

Banyak kali kita kehabisan idea untuk memberi atau membeli hadiah untuk kekasih? Nak beli barang, semuanya seperti sudah diberikan. Apa kata kamu buat sendiri kek special untuk si dia. Si dia pasti lebih menghargai usaha dan tanda ingatan anda. Lebih-lebih lagi anda sendiri yang buat.

3.Memang bukan rahsia lagi, hobi memasak kamu ini merupakan calon menantu kesayangan mertua

memang untung dan tak ada yang rugi jika hobi kamu adalah memasak. Jika kamu mahir memasak kamu tidak akan rasa kekok untuk menunjukkan skill pada bakal mertua anda. anda akan secara automatik kelihatan seperti perempuan melayu terakhir yang hidup dibandar.

4.Kebolehan memasak merupakan tanda anda menantu yang boleh diharap

Bukan nak kata jika kamu tak reti memasak itu kamu tak boleh diharap, tetapi bagi mereka yang hobinya memasak, semestinya akan memasak makanan buat yang tersayang tanpa rungutan dan melakukan dengan rela. Dengan ini, anda sendiri akan menyurangkan masa berkunjung ke restoren kerana lebih baik kamu masak sendiri dan menikmati masa-masa bersama si dia.

5. pandai memasak merupakan petunjuk kamu seorang yang peka. Iya lah!, masak adalah kombinasi antara ketelitian dan perhitungan

Ramai yang mengganggap masak itu mudah macam kacang goreng. namun, jika kamu tidak tahu mengagak dan tak peka dengan bahan-bahan yang digunakan, tentu lari rasa makanan anda. Jadi, mereka yang gemar memasak ini sangat seksi kerana bukan sahaja anda seorang yang peka malah anda tahu mengawal cara hidup anda.


Jadi.... apakah sebab anda tak suka masak?

Related Posts

6 Sebab Perempuan Ada Hobi Memasak Jadi Idaman
4/ 5
Oleh