Friday, March 6, 2015

Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini TAHNIAH!!


Tahniah kami ucapkan buat Fad Bocey yang bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya pada tanggal 14 Mac ini.

Majlis pernikahan  akan diadakan di Jitra, Kedah iaitu kediaman kekasihnya Nur Syahirah yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi. Majlis resepsi perkahwinan mereka pula bakal berlangsung di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada tanggal 23 Mei 2015.
Saya akan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac ini dengan kekasih saya iaitu Nur Syahirah di kediamannya di Jitra, Kedah.
Insya-Allah semua persiapan berjalan lancar dan pada majlis tersebut kami akan bertunang di sebelah pagi dan akad nikah berlangsung pada sebelah petangnya.


Bakal isteri Fad, Nur syahirah merupakan adik angkat kepada Jihan Muse. 
Kami kenal sudah dua tahun iaitu ketika dalam MLM2013, dia selalu datang ke program MLM2013 untuk menemani Jihan Muse dan daripada situ saya sudah mula terpikat.
Menerima restu daripada ibu bapa pihak perempuan, Fad dan Nur Syahirah membuat keputusan untuk berkahwin meskipun baru 5 bulan menjadi pasangan kekasih .

 Semoga perkahwinan anda berdua akan kekal bahagia selamanya. Tahnih sekali lagi!!

Related Posts

Fad Bocey Nikah 14 Mac Ini TAHNIAH!!
4/ 5
Oleh