Friday, February 27, 2015

Heboh Anak Teruna Linda Jasmin Dikatakan Iras Justin Bieber!


BUNTANG mata kami melihat jejaka mat saleh yang tiba-tiba heboh diperkatakan di Malaysia gara-gara raut wajahnya dikatakan persis penyanyi terkenal antarabangsa yang jadi kegilaan remaja perempuan masa kini iaitu Justin Bieber.
Tertanya-tanya juga siapakah gerangan remaja lelaki yang jadi bualan media ini.
Rupa-rupanya setelah dirisik, remaja bernama Qalif Khan ini merupakan anak teruna kepada Linda Jasmin. Patutlah rasa macam familiar je raut wajahnya.
Lagi-lagi Qalif sememangnya pernah muncul di kaca televisyen suatu ketika dahulu semasa ibunya menjadi tenaga pengajar program realiti, Akademi Fantasia.
Wajah Qalif ketika zaman kanak-kanaknya.

Siapa sangka, anak hasil perkahwinan Linda sebelum bersama pelakon Que Haidar yang dahulunya kanak-kanak kecil kini sudah membesar jadi remaja kacak.
Jom kita lihat wajah terkini anak teruna Linda Jasmin ni, betul ke serupa dengan Justin Bieber macam yang dihebohkan ramai tu?  -MYNEWSHUB.CC







Related Posts

Heboh Anak Teruna Linda Jasmin Dikatakan Iras Justin Bieber!
4/ 5
Oleh